SILA KLIK UNTUK MENGGALAKKAN BULAT DAN MONTEL KURUS

Friday 11 March 2011

Kanser Pangkal Rahim? Menakutkan!!

assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Semalam, aku telah dipanggil untuk jadi emcee (pengacara majlis) untuk satu taklimat anjuran Puspanita kat ofis aku berkaitan Kanser Pangkal Rahim. Aku jadi takut okay. Mengikut statistik, setiap 5 minit, seorang wanita di dunia ni disahkan menghidapi kanser pangkal rahim. What's worse, jangan ingat wanita yang dah berkahwin sahaja yang boleh dapat kanser pangkal rahim atau kanser servik ni, yang belum kahwin pun sekarang ramai yang da kena. Paling berisiko ialah wanita yang berkahwin pada usia muda, aktif secara seksual, ramai pasangan seksual dan pasangan/suaminya pun ramai pasangan seksual. aku rasa dalam banyak-banyak kanser, kanser ni kot yang aku paling seram sekali sebab dia attack bahagian situ....tak dapat aku bayangkan betapa menderitanya kalau kena kanser ni.

And so, Doktor yang bagi ceramah tu bagitau, kalau nak cegah daripada terkena cancer ni, kenalah elakkan bertukar-tukar pasangan seksual..then kena cari pasangan yang setia (haha, ingat senang ke???) then kena selalu buat pemeriksaan pap smear..tapi ada orang bagitau aku kalau belum kahwin bahaya buat pap smear ni..hehe. Oh and lagi satu kena ambil suntikan vaksin yang mencegah jangkitan virus HPV (human papiloma virus). Virus HPV ni lah yang akan menyerang rahim kita dan mengubah sel-sel rahim tu dan akhirnya menjadi kanser pangkal rahim..ambik suntikan vaksin tu sebab doktor kata satu-satunya cara nak lawan virus HPV ni ialah dengan meningkatkan IMUNISASI badan kita...so immediately aku teringat kepada ALPHA LIPID...tau tak yang fungsi utama ALPHA LIPID ni ialah untuk meningkatkan imunisasi badan kita...imunisasi yang kuat dapat melawan pelbagai jenis penyakit termasuklah kanser, H1N1, virus kencing tikus dan sebagainya.

So, lepas ni aku betul-betul nak jaga kesihatan aku dan pastikan aku tak miss ambik Alpha Lipid.

p/s Doktor pun pesan yang kegemukan/berat badan berlebihan adalah punca kebanyakan penyakit...so renung-renungkanlah...kita tak nak gemuk bukan sebab tak cantik atau sebab kita prejudis..tapi kita taknak gemuk demi kesihatan kita...hidup ini singkat, jadi hargailah ia sebaiknya :)

okay, roger and out dulu...

wassalam & salam sejahtera!

No comments:

Post a Comment